Pihak-pihak hendaklah memfailkan satu permohonan di #Mahkamah Syariah tempat pihak-pihak bermastautin. Permohonan ini boleh difailkan oleh sama ada suami atau isteri. Tujuan permohonan adalah bagi mengesahkan lafaz talak yang telah dilafazkan oleh suami di luar Mahkamah.
Prosedur memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai adalah dimulakan dengan memfailkan sesalinan #Saman dengan menggunakan Borang MS2 dan Pernyataan Tuntutan yang menyatakan dengan jelas dan nyata fakta-fakta bagi permohonan pengesahan lafaz cerai seperti tarikh perkahwinan, nombor pendaftaran pernikahan, butiran pihak-pihak, anak-anak hasil pernikahan (jika ada) serta butiran fakta lafaz cerai di luar Mahkamah seperti bagaimana lafaz cerai dilafazkan, perkataan yang dilafazkan oleh suami, sama ada lafaz cerai adalah kali pertama, pihak-pihak pernah rujuk atau tidak, sama ada saksi semasa cerai dilafazkan dan keadaan isteri semasa cerai dilafazkan (suci atau tidak).
Dokumen-dokumen sokongan perlu dilampirkan seperti salinan kad pengenalan pihak-pihak, sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak, sijil pernikahan, jika #cerai dilafazkan melalui whatsapp / sms / etc (salinan whatsapp etc).
Langkah terakhir adalah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah. Tarikh bagi perbicaraan permohonan seterunya akan ditetapkan / dimaklumkan oleh pihak Mahkamah Syariah. Saman perlu diserahkan kepada Defendan secara serahan kediri dan seterusnya memfailkan Afidavit Penyampaian. Selanjutnya, kehadiran pihak-pihak ke Mahkamah bagi tujuan siasatan oleh pihak Mahkamah dan keputusan akan diberikan Hakim Syarie.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..