Wednesday, December 15, 2021

[1050.21] HUKUMAN MATI DI MALAYSIA


Malaysia adalah antara 56 negara yang menjalankan hukuman mati. Hukuman mati di Malaysia menggunakan teknik gantung iaitu menggunakan tali yang dipasang di leher untuk mematahkan tengkuk pesalah.
.
Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa ‘tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang’. Dengan peruntukan ini, sistem perundangan negara dibenarkan untuk melaksanakan hukuman mati ke atas kesalahan-kesalahan tertentu.
.
Pesalah yang telah dijatuhi hukuman mati masih lagi boleh mengemukakan petisyen untuk mengurangkan bentuk hukuman kepada Lembaga Pengampunan selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
.
Hukuman yang dikurangkan kebiasaannya adalah kepada penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun. Bagi tempoh 2007 sehingga 2017, seramai 165 orang banduan akhir telah diberi pengampunan menerusi Lembaga Pengampunan.
Terdapat 32 kesalahan di bawah 8 akta berbeza yang mempunyai peruntukan hukuman mati. Daripada 32 kesalahan ini, 11 kesalahan memperuntukkan hukuman mati MANDATORI di mana hukuman mati adalah satu-satunya hukuman yang boleh dan wajib dikenakan ke atas individu yang didapati bersalah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►