Wednesday, December 15, 2021

[1049.21] FEE GUAMAN BAGI LITIGASI


Banyak dah pasal perkara ini disebut. Pada asasnya fee guaman bagi kerja litigasi (sivil dan jenayah) bermula daripada mengambil fakta (brief) tentang kes sehingga menyelesaikan bicara adalah tertakluk kepada peguamcara/peguambela. Tiada skala fee tetap untuknya. Ia bergantung kepada senioriti, pengalaman dan gerak kerja yang diperlukan oleh peguamcara/bela.
Dalam erti kata lain, perlu bincang dan dipersetujui bersama. Jika tidak setuju dengan cadangan atau fee yang ditetapkan, anda boleh untuk memilih peguamcara/bela lain.
Sebagai peguamcara/bela selalu juga jumpa mereka yang sanggup hadir untuk konsultansi dan membayar untuknya tetapi apabila nasihat dan pandangan peguamcara/peguambela tidak sebagaimana harapan serta pandangannya, maka ada klien lebih mementingkan pandangannya dan orang lain yang dilihat favor kepadanya.
Maka klien boleh menukar peguamcara/bela jika tidak setuju dengan pandangan dan cadangan peguamcara/bela berkenaan. Di sini pentingnya konsultansi dengan fee minima. Bila dapat berbincang dan dapat pandangan undang-undang maka hak anda untuk menentukan untuk teruskan dengan cadangannya ataupun meneruskan dengan cara anda yang boleh dibincangkan variasinya dengan peguamcara/bela.
Cuma bagi saya peguamcara/bela ini macam-macam orang. Ada yang suka mengikut pandangan dan cara klien. Maka dia boleh secure anda sebagai klien dan dapat fee dengan mudah. Manakala ada peguamcara/bela yang menasihati pro dan kontra dalam masalah anda supaya anda lebih jelas dan faham. Agar kemudian anda tidak tekejut dengan kekurangan dan kelemahan kes anda. Sebab dia lebih percaya rezeki Allah yang tentukan.
Bak kata orang "benda boleh gaduh sekarang buat apa tunggu masalah timbul kemudian hari"
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►