Tuesday, November 23, 2021

[1037.21] MURTAD


Makna riddah (murtad) pada bahasa ialah kembali daripada sesuatu kepada yang lain. la adalah sekeji-keji kekufuran dan mendapat seberat-berat hukuman.
Pada pengertian syarak, riddah ialah kembali daripada agama Islam kepada kekufuran, samada dengan niat atau perbuatan yang menunjukkan kepada kekufuran atau dengan perkataan yang mempersendakan, kedegilan ataupun i'tiqad
Dengan yang demikian, orang murtad ialah orang yang kembali daripada agama Islam kepada kekufuran. Umpamanya orang yang mengingkari kewujudan tuhan Yang Maha Pencipta, menafikan para Rasul, membohongi seseorang Rasul, menghalalkan perkara yang haram secara ijma' seperti zina, liwat, minum arak dan melakukan kezaliman, atau mengharamkan perkara yang halal secara ijma' seperti jualbeli dan nikah kahwin; atau menafikan perkara yang wajib yang telah disepakati ijma' ulama ke atasnya, seperti ia menafikan satu rakaat daripada solat fardu lima waktu; atau mengiktikadkan wajib perkara yang tidak wajib secara ijma', seperti tambah satu rakaat daripada solat fardu yang lima; atau wajib berpuasa sebahagian daripada bulan Syawal, atau berazam untuk menjadi kafir pada esok hari, atau berbolak balik untuk menjadi kafir.
Contoh perbuatan yang boleh menyebabkan kekafiran ialah meletakkan Al Quran atau buku hadis Nabawi ke atas perkara-perkara yang kotor atau keji, sujud/menyembah kepada berhala ataupun matahari.
Para ulama' telah menetapkan unsur-unsur penting mengenai kesalahan ini. Antaranya ialah dengan keluarnya seseorang itu daripada Islam, iaitu dengan tidak lagi berpegang atau mempercayai kebenaran yang dibawa oleh Islam. Seseorang itu boleh terkeluar daripada Islam atau menjadi murtad dengan salah satu daripada tiga cara, iaitu melalui perbuatan, pertuturan atau iktikad (kepercayan di dalam hati).
Gambar sekadar hiasan
NUR ZAHIRAH BAHARI


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►