Perkara pertama yang perlu kita ambil tahu adalah prosedur dan proses pembubaran perkahwinan atau perceraian non-muslim di Malaysia adalah tertakluk dibawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Di bawah Akta, secara lazimnya terdapat 3 jenis pembubaran perkahwinan iaitu:
(a) Perceraian (divorce) (s.52);
(b) Pemisahan kehakiman (judicial separation) (s.64); dan
(c) Pembatalan perkahwinan (nullity of marriege) (s.67).
Apakah perbezaan ketiga-tiga jenis pembubaran perkahwinan ini? Perceraian biasanya difailkan apabila kedua-dua suami dan isteri percaya bahawa perkahwinan tersebut perlu dibubarkan. Perceraian secara lazimnya akan difailkan secara bersama ataupun berasingan.
Pemisahan kehakiman pula selalunya difailkan salah satu pihak samada oleh suami atau isteri disebabkan berlakunya keretakan perkahwinan (marriege breakdown) (sebagai contohnya, zina atau ditinggalkan sekurang-kurangnya 2 tahun).
Pembatalan perkahwinan pula kebiasaanya dipohon oleh salah satu pihak apabila berlakunya senario-senario yang akan menyebabkan sesuatu perkahwinan itu tidak sah (void) atau boleh dibatalkan (voidable). Sebagai contoh; pasangan sebenarnya telah mempunyai suami atau isteri lain (perkahwinan menjadi tidak sah) atau perkahwinan dilakukan secara paksa (perkahwinan boleh dibatalkan).
NUR ZAHIRAH BAHARI
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..