Friday, November 19, 2021

[1034.21] PERMOHONAN SEBAGAI PENCELAH (INTERVENER PROCEEDING) MENURUT KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012


Salah cantum dan ketidakcantuman pihak-pihak - A 15 K 6(2)(b): Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang supaya ditambahkan sebagai satu pihak di dalam prosiding.
Siapa yang boleh membuat permohonan sebagai #pencelah?
Pihak yang mempunyai “legal interest” sahaja dibenarkan, berdasarkan kepada kes Majlis Agama Islam Selangor v Bong Boon Chuen & ors [2009] 6 MLJ 307. Test bagi membuktikan elemen “legal interest” adalah dengan merujuk kes Tohtonku Sdn Bhd v. Superace (M) Sdn Bhd (1989) 2 MLJ 298: “A mere commercial interest in the outcome is not enough, must be directly affected by any order of the court in the action”.
Pencelah adalah seseorang yang pada asalnya bukan pihak di dalam satu tindakan tetapi mahu dijadikan sebagai pihak untuk melindungi kepentingannya terhadap perkara asas di dalam tindakan yang dtelah difailkan.
Kebenaran memohon sebagai pencelah mestilah terlebih dahulu difailkan oleh Pemohon (Peninsular Park Sdn Bhd v Al-Af Holdings Sdn Bhd [2015] MLJU 745), tapi mestilah tunjuk kepada Mahkamah bahawa Pemohon tersebut mempunyai “interest directly to the legal action”. Pengecualian bagi kebenaran oleh #Mahkamah apabila pihak lagi satu tidak mempunyai bantahan, maka, permohonan sebagai pencelah dibenarkan seperti di dalam kes Tan Kim Hock Tong Seng Food Industry Sdn Bhd v Tan Kim Hock Product Centre Sdn Bhd & Anor [2016] 7 MLJ 561.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►