Tuesday, November 16, 2021

[1031.21] TEMPOH YANG MELAYAKKAN ANAK KEPADA NAFKAH ANAK?


Ulama Shafie berpandangan anak lelaki atau perempuan berhak mendapat nafkah sehinggalah mereka baligh manakala. Ulama Maliki berpandangan jika anak lelaki, tempoh adalah sehingga baligh, namun jika anak perempuan, kewajipan menanggung nafkah adalah sehingga anak perempuan itu berkahwin. Seterusnya, ulama Hanafi: Anak lelaki berhak sehingga mencapai umur yang membolehkannya bekerja, walaupun belum mencapai umur baligh tetapi tidak menetapkan had umur sebagai umur bekerja. Ulama Hanbali pula telah tidak menetapkan tempoh khusus bagi kelayakan nafkah itu akan berakhir kerana beliau berpendapat anak tersebut layak selagi ana dia miskin dan tidak memiliki pendapatan tetap.
Rujukan lain:
● Seksyen 80 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003: Panduan kepada tempoh masa perintah bagi nafkah anak.
● Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003: Kewajipan lelaki untuk menanggung nafkah anaknya sama ada semasa masih dalam jagaannya atau jagaan orang lain.
● Seksyen 74 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003: Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya dalam situasi suami enggan memberikan nafkah, meninggalkan anak tersebut dalam jagaan isteri.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►