Thursday, November 11, 2021

[1026.21] JENAYAH DILAKUKAN DI DALAM PENJARA


Dalam kes Public Prosecutor v. Ooi Wang San [1998] 1 MLRA 273; [1998] 2 MLJ 765; [1998] 3 CLJ 270; [1998] 2 AMR 2012 Ooi Wang San ('Ooi') dan tiga orang lagi, sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan-kesalahan lain.
Mereka telah terlibat dalam suatu perkelahian dengan seorang banduan lain yang mana banduan lain tersebut terbunuh. Setelah dibicarakan dan disabitkan dan telah dihukum penjara selama 10 tahun.
Hakim yang bijaksana telah memerintahkan Ooi dan satu lagi, Rajendra, bahawa tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh keputusan dikeluarkan. Manakala, dua yang lain, tempoh tersebut bermula dari tarikh penangkapan mereka.
Pihak pendakwa telah merayu ke mahkamah ini atas aduan bahawa tempoh pemenjaraan penahanan mereka, iaitu selama 10 tahun, sepatutnya bermula selepas keempat-empat banduan tersebut selesai menjalankan tempoh pemenjaraan yang kini sedang dijalankan kerana Ooi telah disabitkan dengan 13 kesalahan lain berkenaan kelakuan ganas. Tambahan pula, kesalahan membunuh adalah serius dan ia telah dirancang terlebih dahulu dan jenayah tersebut dilakukan di DALAM penjara.
Diputuskan oleh YA Hakim Sheikh Daud (bagi pihak Mahkamah Rayuan) dalam rayuan oleh pendakwaraya bahawa:-
a) Undang-undang yang berkenaan dengan permulaaan tempoh pemenjaraan oleh seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara terkandung dalam s 292 Kanun Prosedur Jenayah. Seksyen ini memberikan mahkamah pilihan untuk memerintah samada pemenjaraan seseorang yang tersabit bermula dengan serta-merta atau selepas penamatan tempoh pemenjaraan yang sedang dijalaninya.
b) Penggunaan pilihan bergantung kepada fakta-fakta dan keadaan sesebuah kes. Dalam kes di atas, Ooi sepatutnya dibebaskan pada tahun 2001. Oleh kerana Mahkamah Tinggi telah menetapkan bahawa tempoh pemenjaraan penahanannya, iaitu selama 10 tahun bermula dari tarikh keputusan dikeluarkan, maka akan terjadinya tindihan masa selama beberapa tahun. Hal ini tidak akan mencerminkan perkara serius yang berkait dengan kesalahan ini.
c) Penjara adalah tempat di mana seseorang banduan dipulihkan, dan bukannya tempat untuk melakukan lebih banyak kesalahan.
Dalam kes tersebut, berpandukan fakta-fakta yang diutarakan, Ooi dan 3 lagi tertuduh harus menjalani hukuman pemenjaraan selepas mereka menghabiskan tempoh penjara yang kini sedang dijalankan.
Nur Zahirah Bahari


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►