Thursday, November 11, 2021

[1025.21] MAHAR, WAJIB ATAU TAK?


Apa itu #mahar?
Suatu pemberian yang telah diwajibkan ke atas suami untuk dihadiahkan atau diberikan kepada #isteri dengan sebab wujudnya pernikahan.
Adakah mahar hak yang wajib diberikan oleh suami?
Seorang isteri mempunyai hak ke atas separuh mahar dengan sebab pernikahan dan berhak ke atas kesemua mahar dengan sebab selepas berlakunya #persetubuhan dan berhak mendapat kesemua mahar sekiranya suami tersebut telah meninggal dunia.
Hukum:
Pemberian mahar oleh suami kepada isteri adalah WAJIB di sisi syarak dan Islam.
Adakah mahar (mas kahwin) sama dengan hantaran?
Perbezaan di antara mas kahwin (mahar) dan pemberian (hantaran) di mana mas kahwin (mahar) adalah wajib diberikan kepada isteri, mankala hantaran merupakan hadiah dan tidak wajib.
P/S: jangan tertukar mahar (mas kahwin) dan hantaran ya!
Kewajipan pemberian mahar atau mas kahwin adalah berdasarkan kepada firman Allah di dalam Surah an-Nisa, ayat 4, mafhumnya: -
“Berikanlah kepada orang- orang perempuan itu mas kahwin mereka”
Pendapat Fuqaha:
Ijma’ Fuqaha: mahar adalah wajib.
Abu Hanifah: Isteri berhak ke atas mahar apabila sah aqad nikah tersebut.
Shafi’e: Kewajipan mahar adalah sebab kepada aqad nikah tetapi juga dengan persetubuhan.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►