Monday, November 8, 2021

[1017.21] MAHKAMAH KANAK-KANAK (PERANAN MEDIA)


Sepertimana yang kita tahu, prosiding mahkamah kanak-kanak adalah tertutup. jadi, mana-mana orang awam termasuklah mana-mana pihak media adalah dilarang untuk membuat liputan media mahupun sebarang penyiaran tentang kes-kes yang didengari di mahkamah kanak-kanak.
Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 memberi sekatan ke atas laporan dan penyiaran media yang mana nama, alamat atau institusi pendidikan bahkan gambar-gambar tidak boleh langsung didedahkan ataupun direncanakan yang membolehkan mereka ini dikenal pasti.
Mana-mana pihak yang didapati bersalah dibawah peruntukan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi rm10,000 ataupun dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya sekali.
Dalam kebanyakan situasi, apabila adanya kes-kes yang melibatkan kanak-kanak didera dengan teruk, ia selalunya akan menarik perhatian mana-mana ngo yang mana mereka akan melakukan satu 'press conference', untuk memberi maklumat tentang kanak-kanak tersebut kepada pihak media. dalam hal seperti ini, adakah maklumat-maklumat yang diberikan dan dibekalkan semasa press conference tersebut, boleh disiarkan oleh mana-mana pihak media kepada orang awam?
Dalam situasi seperti ini, pihak yang melakukan press conference/ NGO tersebut haruslah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum mendedahkan maklumat kanak-kanak tersebut seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 15(3) akta kanak-kanak 2001. jika mahkamah berpuas hati bahawa penyiaran tersebut adalah demi kepentingan keadilan untuk kanak-kanak tersebut, maka mahkamah mempunyai kuasa untuk membenarkannya. Namun, mahkamah juga boleh mengetepikan kehendak seksyen tersebut setakat yang difikirkan suai manfaat oleh mahkamah.
Dalam kes yang melibatkan pesalah juvana pula, pegawai polis dibenarkan untuk membuat kenyataan tentang kes tersebut namun, perkara-perkara yang didapati boleh mendedahkan identiti pesalah juvana tersebut adalah dilarang sama sekali untuk diterbitkan oleh mana-mana pihak media.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Ain Syafiqeen
+0109647961

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►