Thursday, October 21, 2021

[995.21] PERMOHONAN INTER PARTE INTERIM INJUNKSI - ATURAN 29 KAEDAH 1 KKM 2012


Apa yang perlu dilakukan setelah permohonan difailkan ke Mahkamah?
Mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi pendengaran untuk permohonan #injunksi didengar secara inter-parte (dengan kehadiran Defendan). Seterusnya, Mahkamah akan arahkan supaya Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan yang telah difailkan hendaklah diserahkan kepada pihak satu lagi bersama-sama dengan #Perintah Mahkamah (membenarkan permohonan injunksi secara ex-parte didengar secara inter-parte) yang mana mestilah disampaikan dalam 7 hari dari tarikh Mahkamah memberikan perintah itu. Selain itu, #Mahkamah juga akan menetapkan satu lagi tarikh supaya permohonan injunksi tersebut didengar secara inter parte dalam masa 14 hari dari tarikh perintah (Mahkamah membenarkan permohonan injunksi didengar secara inter parte).
Pendengaran permohonan secara #interparte dan Mahkamah telah membenarkan / menolak permohonan?
Perintah seterusnya hendaklah difailkan dalam Borang 53 dan hendaklah diserahkan kepada peguamcara kes tersebut.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►