Thursday, October 21, 2021

[994.21] PROSEDUR INJUNKSI (ATURAN 29 KAEDAH 1 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH


Suatu Perintah di bawah A 29 K 1 KKM 2012 adalah boleh dipohon secara Ex-Parte dan / atau Inter-Parte. Kebiasaannya, bagi mendapatkan suatu perintah yang sesuai bagi injunksi daripada Mahkamah. Perintah yang dipohon hendaklah dinyatakan dengan jelas di dalam Notis Permohonan dan sebab-sebab / alasan-alasan permohonan hendaklah memenuhi segala syarat-syarat di bawah injunksi yang dipohon oleh pihak-pihak.
Contoh injunski yang dipohon adalah ie: (1) untuk menghentikan Defendan/mana-mana pihak daripada terus menyiarkan (contoh: kenyataan fitnah) dalam apa jua medium komunikasi dan (2) untuk mengelakkan Defendan/mana-mana pihak daripada terus bertindak menceroboh tanah Plaintif sehingga penghakiman diperolehi daripada Mahkamah.
Apa yang perlu dilakukan?
Pemohon hendaklah memfailkan Notis Permohonan yang disokong dengan Afidavit Sokongan secara (ex-parte). Afidavit Sokongan tersebut hendaklah merangkumi fakta yang jelas dan tepat. Fakta-fakta tersebut merangkumi fakta yang menimbulkan kepada tuntutan tersebut, fakta-fakta yang membawa / menjurus kepada permohonan sementara injunksi, fakta-fakta yang relevan dan boleh menyumbang kepada Mahkamah membenarkan permohonan injunksi dan perintah yang dipohon mestilah tepat.
Pihak berkaitan / satu lagi boleh memohon kepada Mahkamah untuk perintah injunksi tersebut diketepikan dan dibatalkan. Hendaklah diberikan perhatian bahawa injunksi interim yang diperoleh ke atas permohonan secara ex parte akan luput secara automatik 21 hari dari tarikh injunksi interim itu diberikan oleh Mahkamah.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►