Thursday, October 21, 2021

[991.21] KAUSA TINDAKAN MELALUI SAMAN PEMULA


Prinsip Asas:
Aturan 5 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012: Prosiding hendaklah dimulakan sama ada melalui Saman Pemula atau melalui Writ.
Saman Pemula (A 5 K 3 KKM 2012): Prosiding yang suatu permohonan akan dibuat kepada mahkamah atau seorang Hakim itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dimulakan melalui saman pemula.
● Wujud persoalan tunggal / pokok yang menjadi isu adalah atau mungkin menjadi salah satu pentafsiran mana-mana undang-undang bertulis atau apa apa surat cara yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa surat ikatan, wasiat, kontrak atau dokumen lain, atau apa-apa persoalan undang-undang yang lain; atau
● Tidak mungkin ada apa-apa pertikaian fakta yang #substansial.
Kes SEAH CHOON CHYE v. SARASWATHY DEVI [1970] 1 MLRH 172, Mahkamah Tinggi memberikan panduan kes yang melibatkan isu fraud adalah dimulakan dengan pemfailan #Writ Saman dan BUKAN #Saman Pemula. Hal ini kerana terdapatnya konflik keterangan dan keperluan untuk mengambil bukti, maka, prosiding harus dimulakan dengan Writ Saman.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►