FIKIRKAN PESAN SAYA INI
________________________________
Budak-budak zaman sekarang
Sekolah malas
Quran baca pun tak reti
Apa nak jadi..
________________________________
InsyAllah saya cuba melazimi Quran setiap kali menunggu di Mahkamah. 3 bulan lepas, saya agak tersentuh dengan pertanyaan seorang peguam non-muslim di Mahkamah;
"Do you read Quran for yourself?"
Saya kurang pasti maksud soalannya samada saya berniat membaca untuk sedekah kepada sesiapa atau untuk pahala sendiri. Tapi saya menjawab ringkas dengan senyuman:
"its better than nothing"
Tapi suka ingin saya berkongsi. Dalam menjalani kehidupan seharian saya melihat diri saya adalah cerminan ibubapa saya. Saya melihat banyak langkah dan tindakan Arwah Abah pada diri saya. Ada tindakan, sikap, sifat, kelakukan ibubapa kekadang kita kritik dan tidak sukai. Ada juga yang kita sukai. Percaya atau tidak, samada disukai atau tidak, kesemuanya itu ada dalam diri kita dan kita melakukan perkara yang sama.
Cuba ambil masa perhatikan bagaimana kehidupan harian kita.
Memandangkan saya pun bukan baik-baik dan mungkin turut mempunyai sikap-sikap negatif, maka elok dalam negatif itu, kita tinggalkan sedikit perkara baik untuk dijadikan adat dan uruf kepada keturunan kita kelak..
Lazimilah perkara baik. Mungkin ia menjadi asar kepada masyarakat atas kebaikan. Mungkin menjadi asbab yang baik untuk merubah generasi kita.
Wallahua'llam.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..