Tuesday, October 12, 2021

[985.21] JENIS MAHAR DALAM ISLAM


Dua jenis #mahar iaitu pertama (1) Mahar musamma iaitu Mas #kahwin yang telah ditetapkan atau dipersetujui oleh kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) serta jumlah dan jenisnya telah disebut dengan jelas dalam suatu #aqad.
Jenis kedua (2) adalah Mahar misil bermaksud mahar sepadan yang telah dinilai dengan merujuk mas kahwin saudara perempuan yang telah berkahwin terlebih dahulu (ditentukan melalui sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, agama dan perkara-perkara lain yang boleh dijadikan penilaian).
Maka, dalam menentukan nilai mahar yang wajar diberikan oleh pihak lelaki, terdapat dua perkara yang boleh dilihat iaitu dengan berbincang dan bersetuju kedua-dua belah pihak dengan satu nilai mahar ATAU dengan merujuk mahar bagi saudara perempuan.
Rujukan lain:
● Seksyen 21 Enakmen Undang-Undang Keluarga #Islam (Negeri Selangor) 2003 telah menggariskan panduan berkenaan mahar (mas kahwin).
● Kes Shaari vs Teh (1966) 3 JH 108, di mana isteri di dalam kes ini yang telah diceraikan telah menuntut pembayaran mas kahwin sebanyak RM 600, yang mana masih belum dibayar oleh si suami yang mana Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa si suami hendaklah membayar RM 600 kepada si isteri bagi jumlah mahar atau mas kahwinnya yang belum dibayar itu.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►