"Mediasi itu apa?"
Mediasi atau satu proses perbincangan bagi penyelesaian pertikaian telah menjadi satu proses rasmi di dalam litigasi sivil di semua peringkat Mahkamah Permohonan untuk mediasi boleh di mohon oleh mana-mana pihak dan pada bila-bila masa.
Mediasi akan ditetapkan di hadapan Hakim yang ia di satu Pusat Mediasi Khusus untuk membincangkan tentang kebarangkalian dan peluang untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Pihak-pihak dalam litigasi dan peguamcara-peguamcara akan hadir bagi membincangkan kesemua faktor yang membolehkan ia diselesaikan. Peguamcara-peguamcara akan dipanggil bagi membincangkan isu-isu perundangan yang boleh di selesaikan.
Manakala pihak Plaintif dan Pertuduhan akan dipanggil untuk membincangkan isu-isu fakta tentang pertikaian, setelah itu kesemua pihak akan ditempatkan bersama kesemuanya bersama Hakim untuk bincangkan tentang fakta dan isu-isu yang telah dibincangkan sebelum ini untuk dibincangkan secara terbuka dan membincangkan satu penyelesaian dan alternatif.
Selain proses ini mengurangkan kos pihak-pihak dan kos Mahkamah serta faktor masa litigasi yang panjang, ia boleh direkodkan satu persetujuan.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..