Tuesday, September 28, 2021

[972.21] APLIKASI TEORI REHABILITASI DALAM HUKUMAN


Tambahan kepada artikel Khidmat Masyarakat tentang rehabilitasi bagi satu kesan perubahan pesalah kearah lebih elok tanpa Perintah Tahanan /Penjara. Dalam kebanyakan teori hukuman, Malaysia turut mengikuti kes Re Ball (35 Cr App R 164) yang antara lain gariskan hukuman 5 tahun belum tentu terbaik kerana hukuman yang terbaik ialah kepada kepentingan umum masyarakat. Perubahan pesalah kepada satu kehidupan yang lebih baik dan berjasa balik kepada masyarakat juga satu hasrat hukuman untuk memberikan kepentingan kepada masyarakat.
Dalam kes Abu Buhar Alif v. R [1953] antara lain mengikuti kes Ball dan menggariskan bahawa sebelum Majistret menjatuhkan hukuman, satu penilaian kepada latar belakang, karakter, dan keterangan yang ada tentangnya perlu dibuat dan perkara ini perlu disediakan oleh pihak Pendakwaan.
Kes Raja Izzuddin Shah vs. PP menitik beratkan faktor antara Perintah Hukuman Tahanan dan Rehabilitasi yang mana dalam kes menyerang pegawai kerajaan, pesalah telah dihukum 3 tahun penjara. Tetapi Mahkamah tetap pertimbangkan kepentingan awam terlibat dahulu dan kemudian berpandangan bagi kes sebegini setelah mengambil kira semua faktor, hukuman pemenjaraan adalah lebih baik dan sesuai.
Pendek kata, latar belakang dan prospek pesalah juga perlu diambil kira dan menjatuhkan hukuman. Bukan untuk dirinya tetapi demi kebaikan masyarakat umum.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►