Monday, September 13, 2021

[961.21] LIABILITI PEKONGSI DI DALAM FIRMA GUAMAN


Menurut seksyen 19(2) Akta Perkongsian 1961, seseorang pekongsi yang bersara daripada suatu firma guaman tidak oleh sebab itu terhenti daripada bertanggungan ke atas hutang atau obligasi perkongsian yang dilakukan sebelum persaraannya. Maksudnya seseorang pekongsi bertanggungan ke atas apa-apa hutang dan/atau apa-apa perlanggaran kontrak yang berlaku sebelum beliau bersara dari firma guaman tersebut.
Sebagai contoh, semasa A menjadi rakan kongsi B dalam Firma Guaman Tetuan Ali & Abu, A telah memasuki perjanjian kontrak dengan C. Dalam perjanjian tersebut, A telah melanggar terma/syarat sebagaimana yang telah dipersetujui. C sebagai pihak Plaintif boleh menuntut atau menamakan kesemua rakan kongsi A sebagai Defendan. Hal ini adalah kerana semasa Perjanjian tersebut ditandatangani, pekongsi-pekongsi lain adalah terikat dengan tindakan dan/atau perlanggaran kontrak yang dilakukan oleh seseorang pekongsi lain meskipun beliau tidak terlibat menandatangan perjanjian tersebut.
Seksyen 7 dan 8 Akta Perkongsian 1961 memperuntukkan bahawa sesuatu tindakan yang berhubungan dengan urusan firma itu dan dilakukan atau disempurnakan atas nama firma itu, mengikat firma itu dan kesemua pekongsinya.
Mahkamah Rayuan di dalam kes Alan Michael Rozario v Merbok Mdf Sdn Bhd [2010] memutuskan bahawa dakwaan bahawa Defendan Kedua tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu tindakan perlanggaran yang berlaku di dalam firma guaman tersebut dan dakwaan bahawa Defendan Kedua merupakan pekongsi yang tidak aktif (not equity partner) tidak terlepas dari dakwaan tersebut.
Ada beberapa isu dikecualikan
Zahirah Bahari
Bangi, 9/2021
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►