Thursday, July 1, 2021

[894.21] PROSEDUR ASAS PERBICARAAN KES JENAYAH.


"Macamana kes jenayah dibicarakan?

Prosedur perbicaraan kes jenayah mempunyai dua peringkat iaitu perbicaraan peringkat kes pendakwaan dan juga perbicaraan peringkat kes pembelaan. Umum seringkali beranggapan bahawa apabila Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes di peringkat pendakwaan (prima facie), maka tertuduh akan terus dihukum. 

Fahaman ini perlu untuk diperbetul. Pertama sekali, pihak pendakwaan akan memulakan kes. Saksi-saksi pendakwaan akan dipanggil untuk menyokong kes pendakwaan. Kemudian, Mahkamah akan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes berdasarkan keterangan yang ada dan juga saksi-saksi yang dikemukakan. 

Sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa kes telah dibuktikan, barulah Mahkamah akan mengarahkan tertuduh untuk membela diri. Sekiranya tidak dibuktikan, maka tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan. 

Semasa membela diri, tertuduh perlu mengemukakan saksi-saksi untuk menyokong kes pembelaan dan pada peringkat ini, pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk menawarkan saksi-saksi yang tidak dipanggil semasa peringkat pendakwaan kepada pihak pembelaan. 

Setelah itu, baru lah Mahkamah akan memutuskan sama ada tertuduh bersalah atau tidak. Sekiranya tertuduh berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah, maka akan dibebaskan. Sekiranya tidak berjaya, barulah Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada tertuduh.

Pihak yang tidak berpuashati kepada hukuman, sabitan atau mana-mana keputusan kes mahupun sebahagian daripada prosiding boleh merayu.

@Khairunnisa Kasa 
+60109647961
Subang Jaya 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►