Wednesday, June 30, 2021

[890.21] KEPENTINGAN LAPORAN POLIS


Dari segi undang-undang, kedudukan laporan maklumat pertama adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam s 107 Kanun Prosedur Jenayah.

(1) Every information relating to the commission of an offence, if given orally to an officer in charge of a police station, shall be reduced to writing by him or under his direction and be read over to the informant.  

Berdasarkan peruntukan ini dan nas undang-undang, FIR dibuat hanyalah sebagai makluman kepada pihak polis untuk memulakan dan membantu siasatan tersebut. Laporan maklumat pertama atau mana- mana laporan polis tidak semestinya perlu mengandungi kesemua kes pendakwaan. la semata-mata ingin menyatakan secara ringkas berkenaan dengan perkara-perkara seperti masa, tempat dan jenis kesalahan sekiranya ada. Siasatan lanjut dan rakaman percakapan akan dibuat oleh pegawai penyiasat kepada saksi-saksi yang berpotensi. 

A first information report is merely corroborative in nature, it is not substantive evidence: SEE SARKAR ON CRIMINAL PROCEDURE (6TH ED) AT PP 364-365.
 
Di dalam kes PENDAKWA RAYA lwn. THURES VEERARAGI [2021] MLRSU 5, Mahkamah dalam penghakimannya menyatakan bahawa hujahan pihak peguambela bahawa kedua-dua mangsa tidak membuat laporan polis menunjukkan bahawa SP3 dan SP6 adalah saksi yang tidak berkredibiliti. Mahkamah ini berpandangan hujahan tersebut adalah tidak bermerit. Apabila SP3 dan SP6 disoal balas oleh peguambela, kedua-dua mereka bersetuju laporan polis tidak dibuat. Mereka memberi alasan yang pegawai penyiasat SP10 telah pergi ke hospital merakamkan keterangan mereka. Pada sangkaan mereka, ianya adalah memadai dan dianggap laporan polis telah mereka buat. 

Zahirah Bahari 
+6010-9647961
Shah Alam 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►