Wednesday, June 30, 2021

[889.21] KEPENTINGAN KEBENARAN FAKTA SEMASA MEMBUAT LAPORAN POLIS


Laporan polis sebagaimana di bawah Seksyen 107 KTJ bukanlah suatu keterangan bersifat substantif (substantive evidence). Apa-apa maklumat yang dikemukakan melalui laporan polis tersebut adalah untuk memudahkan pihak polis memulakan siasatan sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Mohd Bismill Ahmad & Anor v. PP [2017] MLRAU 7.

Walaubagaimanapun, laporan polis boleh digunakan untuk menilai kredibiliti saksi. Ianya boleh digunakan untuk menyokong keterangan seseorang saksi di Mahkamah yang mana kebiasaannya akan diaplikasikan oleh pihak pendakwaan (Seksyen 157 Akta Keterangan 1950). 

Selain itu, laporan polis juga boleh digunakan untuk mencabar kredibiliti saksi tersebut dalam keadaan wujudnya percanggahan yang jelas/ketara sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Pendakwa Raya v. Mohd Fazle Omar [2019] MLRHU 1239. 

Khairunnisa Kasa 
+60109647961
Pendang 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►