Sunday, June 27, 2021

[873.21] BIDANG KUASA MEMFAILKAN TINDAKAN DI MAHKAMAH



Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa yang sama iaitu boleh difailkan tindakan di mana-mana di Malaysia kecuali terhad isu Malaya, Sabah dan Sarawak. maksudnya walaupun kausa tindakan berlaku di Johor, tidak bermasalah jika di difailkan di Perlis. 

Isu ini banyak berlaku terutama kes berprofil tinggi dan kes melibatkan isu-isu tertentu. Kausa tindakan di Ipoh, failnya di Kuala Lumpur. Saya biasanya jumpa kes melibatkan Habeas Corpus. 

Selagi mana mahkamah itu mempunyai kuasa setara, maka ia tidak membolehkan Mahkamah itu membatalkan atau memindahkan prosiding berkenaan. 

Rujuk - 
Enersafe Sdn Bhd vs. Megarina Sdn Bhd [2006]; Sogelease Advance (Malaysia) Sdn Bhd v. Kemajuan Tat Young Sdn Bhd & Ors [1998];

Walaubagaimanapun, mahkamah mempunyai budibicara memindahkan prosiding tersebut jika dilihat lebih baik dan adil. Malah keutamaan tempat timbulnya kausa tindakan adalah hanya sekadar satu keutamaan bagi memudahkan Mahkamah mahupun pihak yang terlibat. Keutamaan Mahkamah harus didahulukan bagi keadilan.

Rujuk - 
Ahmad Amryn Abd Malek & Ors vs. Bursa Malaysia Securities Berhad [2021]
Bank Bumiputra Malaysia Berhad vs. Melewar Holdings Sdn Bhd & 4 Ors [1990]
Low Long Yoong vs. Low Kok Choon & Anor [2013]
Majlis Peguam Malaysia & Anor v. Ahmad Rushdi Omar & Anor [2017]
Kordial Kor D/O Kundang Singh v. EC Controlled Demolition Sdn Bhd & Ors [2002]
Muhammad Hafidz Mohd Dusuki v. Hassan Zulkifli [2020] 
A 57 k 1, KKM

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►