Saturday, June 26, 2021

[871.21] MACAM MANA LITIGASI HARGA PENGAMBILAN TANAH OLEH KERAJAAN



Pertama; Boleh lantik peguam atau melalui diri sendiri (kalau pandai) untuk 'berbincang' atau melalui bicara di hadapan Pentadbir Tanah bagi satu amaun yang baik dan adil.

Kedua: Jika tidak berpuashati, bolah buat rayuan atau semakan kepada Mahkamah Tinggi bagi keputusan tersebut di bawah seksyen 49 APT 1960. Mahkamah Tinggi hanya bicarakan isu fakta dan perundangan. Dengan proses bantuan kepada Mahkamah, keadilan harga boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang menjadikan bidangkuasa asalnya. 

Rujuk -
Semenyih Jaya Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Hulu Langat & Another Case [2017] ; Calamas Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Batang Padang [2011] ;

Ketiga; Jika tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan di bawah peruntukan yang sama dengan kuasa yang sama kepada Mahkamah Tinggi tetapi terhad rayuan kepada isu perundangan yang asli sahaja (genuine). 

Rujuk -
Pentadbir Tanah Daerah Johor vs. Nusantara Daya Sdn Bhd [2021] 

Isu tambahan: Kes Calamas yang menggariskan isu rayuan tidak boleh dirayu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi atas award diberikan masih terpakai dan diikuti oleh kebanyakan kes sehingga kini. Dibezakan dengan kes Semenyih Jaya. Ini boleh dilihat dengan kes Ng Chin Chai [2016]; Halaman Perdana S/B [2016]; Hartawan Development S/B [2016]; Kembang Masyur S/B [2020]; [2019]; JW Properties S/B [2020]; Afeef Abdulqader Mansoor [2020] 

Keempat; Jika tidak berpuashati, boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan dibawah peruntukan s.49 juga tetapi terhad kepada isu perundangan sahaja dan sekaligus menyemak kembali isu di peringkat Mahkamah Rayuan. S.96 AMK 1964 menyatakan perlunya satu kebenaran merayu sebelum rayuan didengar. Manakala di bawah keputusan (masih terpakai) kes Syed Hussain bin Syed Junid & Ors v. Pentadbir Tanah Negeri Perak and Anor [2013] kes rujukan tanah tidak memerlukan kebenaran di bawah s.96 berkenaan.

Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan haruslah isu perundangan yang belum dibangkitkan sebelum ini. Kebanyakan isu berkaitan undang-undang di dalam situasi ini telah di jawab di dalam kes Calamas, Semenyih Jaya, Amitbha Guha.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►