Friday, June 25, 2021

[867.21] PENGAKUAN DEFENDAN



Beban bukti kes masih dibebankan kepada Plaintif yang mana kesemua pliding adalah perlu dibuktikan. Walaubagaimanapun Mahkamah boleh menerima apa jua pengakuan Defendan di dalam kes tersebut.

Prinsip undang-undang keterangan juga menyatakan Mahkamah boleh menerima suatu pengakuan atau "admission". Lihat Mahkamah Rayuan dalam Lafarge Concrete Malaysia Sdn Bhd v. Gold Trend Builders Sdn Bhd [2012] 4 MLRA 112; [2012] 6 MLJ 817; [2012] 5 AMR 104.

Di dalam kes Mohd Rahim Rajuddin vs. Md Rosni Md Minhad [2021] MLRSU 9, pengakuan Defendan kepada beberapa tuntutan walaupun Plaintif gagal membuktikan dokumentasi dan plidingnya menunjukkan Defendan bukan sahaja datang ke Mahkamah untuk menangi kes tetapi datang untuk membantu Mahkamah ini dalam memberikan satu penghakiman yang adil.

Kredit kepada peguam kes - Keyron Nisa

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►