Friday, June 25, 2021

[866.21] BANTU PENDATANG TANPA IZIN



“Kalau kita bantu Imegresen apa kesalahan kita boleh kena”

Bagi kesalahan membantu Imegresen sama ada membantu menyeludup dan lain-lain, terdapat beberapa akta yang boleh dilibatkan iaitu Akta Imegresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Dalam kes membantu Imegresen/pendatang tanpa izin, membawa masuk, menyeludup ke suatu tempat atau apa-apa tindakan yang memudahkan urusan pendatang tanpa izin, kebanyakan pendakwaan dibuat peruntukan ATIPSOM 2007 yang mana ada juga peruntukanya dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) yang mana kes boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan hukuman dan proses yang lebih rumit.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►