Friday, February 19, 2021

[799.21] JUAL MINYAK GANJA TIDAK DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG


Sempat mengendalikan rakan dadah satu lagi yang fakta yang sama di Mahkamah Tinggi Muar. Anakguam dengan bangga untuk mengekalkan penggunakan minyak kanabis untuk perawatan tanpa apa-apa justifikasi kepada diri selaku perawat yang tahu dan berkelayakan. Malah tiada pula pengguna dan pelanggan sanggup menjadi saksi.
Namun keputusan Mahkamah Persekutuan ini jangan di salah tafsir kerana rayuan dibenarkan atas alasan teknikal yang mana keterangan yang ada tidak selamat untuk sabitan dan tidak mampu form the rope. Antara alasan yang dikemukakan ialah percanggahan / ketidaktentuan kuantitatif kandungan barang kes.
Maka pertuduhan pengedaran telah dipinda kepada pemilikan sahaja yang mana dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan sahaja. Hukuman mati diketepikan.
Setakat ini perjalanan kes dan pendakwaan mengenai 'minyak ganja' masih sama.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►