Tuesday, February 16, 2021

[793.21] PROSIDING GARNISI


Garnisi adalah salah satu prosedur pelaksanaan penghakiman yang boleh diambil untuk menuntut jumlah penghakiman sekiranya Defendan gagal mematuhi penghakiman yang telah diberikan oleh Mahkamah.
Aturan berkaitan prosiding ini termaktub di bawah Aturan 49 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
Pihak-pihak yang terlibat adalah:
Plaintif atau Pemiutang Penghakiman – Pihak yang memfailkan saman atau tuntutan dan berjaya mendapatkan penghakiman daripada Mahkamah terhadap Defendan.
Defendan atau Penghutang Penghutang Penghakiman – Pihak yang disaman atau dituntut dan penghakiman telah direkodkan oleh Mahkamah terhadapnya.
Orang yang Digarnis (Bank) – Pihak ketiga yang menyimpan duit atau berhutang dengan Defendan (Penghutang Penghakiman).
Di dalam kes Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd V Ananda Kumar Krishnan [2017] 5 MLRA, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa garnismen adalah suatu tindakan menahan jumlah wang di dalam sesuatu akaun bank. Oleh itu, adalah menjadi keperluan bagi Plaintif untuk menyatakan akaun yang digarnis untuk mengelakkan ketidakadilan kepada Pemohon.
Kesan:
Perintah Garnisi membolehkan Plaintif (Pemiutang Penghakiman) menuntut jumlah penghakiman atau jumlah yang terhutang oleh Defendan (Penghutang Penghakiman) daripada pihak ketiga (Orang yang Digarnis) yang menyimpan duit atau berhutang dengan Defendan (Penghutang Penghakiman).
Zahirah Bahari
Subang Jaya, Selangor


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►