Thursday, February 11, 2021

[787.21] ADAKAH PLAINTIF BOLEH MEMULAKAN SAMAN FITNAH JIKA NAMANYA TIADA DI DALAM KENYATAAN FITNAH TERSEBUT?

 


Individu yg ingin memulakan saman fitnah terhadap Defendan haruslah membuktikan bahawa kenyataan fitnah tersebut merujuk kepadanya. Walaubagaimanapun, di dlm kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman sosial seringkali tidak menyebut nama sebenar individu yang difitnah. Oleh yang demikian, Plaintif perlu membuktikan bahawa kenyataan fitnah tersebut diaggap mampu merujuk kepada Plaintif di mana ianya munasabah bagi pihak ketiga untuk membuat kesimpulan atau mengetahui bahawa nama gelaran tersebut merujuk kepada Plaintif. Sebagai contoh, gelaran “Bossku” yang jelas merujuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu DS Najib Razak.
Oleh itu, nama Plaintif tidak perlu dinyatakan secara khusus di mana mencukupi jika pihak ketiga yang membaca kenyataan fitnah tersebut secara wajar memahami kenyataan tersebut merujuk kepada Plaintif.
Selain itu, kini pengguna sosial media boleh menyiarkan semula (repost) dan men-retweet (retweet) semula suatu kenyataan yang diterbitkan di Facebook dan Twitter. Di dalam kes rayuan Rayuan Syahrir Abu Bakar (2019) 4 MLRA 218 di mana Mahkamah menyatakan:
“Once the defamatory remarks of the 1st defendant were reproduced or republished, those responsible for such republication of the Defamation were equally liable in Defamation. The Defamation was not eroded, and the republication was not neutralised. Even if there was no other publication or no other defendant, the impugned broadcast was still defamatory. Therefore, the impugned broadcast containing both the 1st and 4th defendants' comments were defamatory of the plaintiff”
Oleh itu, tindakan menerbitkan semula suatu kenyataan fitnah juga akan dianggap sebagai satu penerbitan fitnah walaupun kenyataan fitnah tersebut tidak dibuat oleh individu tersebut tetapi hanya menyiarkannya semula.
Aainaa Mahirah Ozaimudi
Subang Jaya, Selangor



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►