Thursday, February 11, 2021

[786.21] SEKSYEN 133A AKTA KETERANGAN 1950 MELIBATKAN KANAK-KANAK


Seksyen ini memperuntukkan bahawa keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak yang masih mentah (child of tender years) boleh diterima dengan syarat bahawa keterangan tersebut perlu disokong oleh keterangan yang lain.
Mahkamah perlu untuk berhati-hati dalam menerima keterangan tersebut dan pada awal sesi keterangan, adalah perlu untuk memastikan sama ada kanak-kanak tersebut memahami makna sebenar sesuatu sumpah.
Di dalam kes PENDAKWARAYA lwn MUHAMAD JAMADI NORDIN [2018] MLRHU 952, telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi bahawa:
[20] Mahkamah berpendapat adalah menjadi keperluan statutory di bawah S 133A Akta Keterangan, keterangan saksi kanak-kanak yang diberi tanpa sumpah mestilah disokong oleh keterangan material yang lain sebelum seseorang tertuduh disabitkan di atas pertuduhan.
[21] Dalam kes-kes di mana kanak-kanak memberi keterangan atas sumpah, keterangan kanak-kanak juga perlu disokong sebagai “prudence and practice”,.
Keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak adalah boleh untuk diterima kepada Mahkamah namun Mahkamah perlu berhati-hati dalam menerima keterangan tersebut terutama melibatkan keterangan yang tidak bersumpah.
Khairunnisa Kasa
Pendang, Kedah



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►