Friday, January 8, 2021

[761.20] SELAMAT ULANGTAHUN KE-14


Sempena ulangtahun ke14 firma guaman Hisham Nazir & Co, semua peguam dan staf bercuti hari ini kecuali bos. Kena cari duit lebih untuk belanja musim Covid19. MasyaAllah! 🙂
Agak lama di Puchong sehingga 2015 berpindah ke Subang Jaya. InsyaAllah, kami akan berpindah dalam masa terdekat ke Bandar Saujana Putra (Notis Awal) ke tempat lebih luas dengan perancangan perancangan tahunan yang berbeza setelah setahun kita mengharungi dugaan di tahun 2020 dengan penularan virus Covid19 yang telah mengubah ekonomi, persepsi, gaya kerja dan cabaran semasa.
Kami masih sebagaimana dahulu, kekal sebagai firma guaman kecil yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman melalui penulisan dengan gaya bahasa mudah difahami netizen dan bahasa peguam untuk mereka yang ingin menerokai ilmu dan pengalaman perundangan di Malaysia. Terima kasih kerana menyokong penulisan kami di laman
Hisham Nazir & Cronies
, www.instagram.com/hishamnazirdotcom dan www.twitter.com/hishamnazirco
Semoga kami terus bermanfaat untuk semua. Doakan kami dimurahkan rezeki. Dibaikan dan permudahkan urusan kami dalam semua sudut. Keberkatan Allah dalam semua hasil kerja kami.
Amin.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►