Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)(Pindaan) 2019 menyatakan bahawa kanak-kanak atau orang muda iaitu umur minimum 13 tahun dibolehkan untuk bekerja hanya dengan pekerjaan ringan yang tidak akan memudaratkan kesihatan mereka iaitu di dalam pekerjaan yang bahaya seperti di persekitaran dengan bunyi atau getaran di mana intensiti melebihi had pendedahan yang dibenarkan, atau yang memerlukan pengendalian barang elektrik dan yang akan menjejaskan kehadiran mereka di sekolah atau institusi pendidikan lain.
Di Malaysia, dianggarkan 60,000 kanak-kanak yang aktif secara ekonomi antara umur 10-14 pada sekitar tahun 2000 terutamanya di kawasan luar bandar. Di kawasan bandar, kanak-kanak dapat dilihat bekerja di dalam industri makanan dan perniagaan kecil yang kebanyakkannya adalah perniagaan keluarga. Walaupun pekerjaan tersebut dilihat ringan tetapi ianya boleh menjadi pekerjaan yang memudaratkan kerana Akta di atas menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh bekerja 3 jam berturut-turut tanpa rehat dan sehari kanak-kanak hanya dibolehkan bekerja selama 6 jam sahaja.
Keluarga berpendapatan rendah sering bergantung terhadap anak-anak mereka untuk membantu mencari nafkah dan kian menjadi sesuatu yang normal. Perkara ini menjadi stigma kepada kanak-kanak tersebut kerana majoriti berpendapat ianya bukanlah sesuatu yang memudaratkan untuk membantu keluarga walaupun sepatutnya fokus dalam bidang pembangunan akademik dan kemahiran.
Kesimpulannya, kanak-kanak dibolehkan bekerja bedasarkan Akta diatas, tetapi jika perkara ini dibiarkan, ia akan memberi kesan kepada modal insan terutamanya apabila mereka di kemudian hari perlu mempunyai lebih banyak kemahiran dalam era yang penuh persaingan ini dan jika mereka ingin memasuki pekerjaan yang lebih profesional. Pekerja kanak-kanak ini akan terjebak dalam pekerjaan berpendapatan rendah kerana kurangnya pendidikan dan penjagaan yang sewajarnya pada usia ini terutama keperluan untuk mendapatkan pendidikan mengenai literasi dan kemahiran yang harus mereka dapatkan di sekolah formal.
Subang Jaya [12/2020]
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..