Tuesday, December 15, 2020

[750.20] JAMINAN KOS TINDAKAN


Mahkamah boleh perintahkan Plaintif untuk membuat bayaran (jumlah adalah budibicara Mahkamah) kepada Mahkamah sebagai jaminan dalam sesebuah tindakan yang dibawa terhadap Defendan. Permohonan dan Afidavit Sokongan dibuat oleh defendan selaras Aturan 23 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan; sekiranya, dengan memberi perhatian berat kepada semua hal keadaan kes, Mahkamah fikirkannya adil untuk berbuat demikian, Mahkamah boleh memerintahkan Plaintif untuk memberikan apa-apa jaminan kos kepada defendan dalam tindakan itu atau prosiding lain sebagimana yang difikirkannya adil.
Kes Sakban Farhan lwn. Pharmaniaga Biomedical Sdn Bhd [2015], Plaintif adalah warganegara asing dan berada di luar bidang kuasa Mahkamah. Defendan berpendapat bahawa sukar bagi mereka untuk mendapatkan kos sekiranya Plaintif kalah kes di Mahkamah. Plaintif tidak mempunyai aset di Malaysia untuk membuktikan Plaintif mempunyai kemampuan untuk membayar kos. Beban untuk menunjukkan bahawa Plaintif boleh membayar kos tersebut terletak kepada Plaintif.
Kes William Hsieh Cheng & Anor v. Tan Kwee Chai & Anor [2012], Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Defendan utk Plaintif mengemukakan jaminan kos kerana berpuas hati bahawa Plaintif telah menunjukkan dalam Afidavit Plaintif bukti bahawa laporan kewangan Plaintif kedua bagi tahun 2010- 2011 ada menunjukkan pendapatan sebanyak USD829,815.00 walaupun pendapatan bersih menunjukkan kerugian sebanyak USD233,597.00.
Dengan kata lain jika Plaintif gagal untuk menunjukkan alasan mengapa suatu perintah tidak boleh dibenarkan terhadap Plaintif, maka perintah hendaklah dibuat terhadap Plaintif.
Subang Jaya
[12/2020]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►