Monday, December 14, 2020

[744.20] PERLANTIKAN DAN KEPUTUSAN KES DI BAWAH 2 HAKIM ADALAH DILINDUNGI OLEH DOKTRIN DE FACTO


Kes Usul Semakan oleh 7 pihak di bawah Aturan 137 Kaedah Kaedah Mahkamah Persekutuan1995 ditolak sebulat suara oleh korum oleh Tengku Maimun Tuan Mat CJ, Zabariah Yusof, Hasnah Mohammed Hashim, Harmindar Singh Dhaliwal, Rhodzariah Bujang FCJJ.
Antara lain usul mengenai semakan perlantikan 2 hakim iaitu Tun Md Raus bin Sharif Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli bin Ahmad Makinudin selaku Presiden Mahkamah Rayuan adalah tidak bermerit dan sepenuhnya diselamatkan melalui doktrin De facto.
Antara pemakaian Doktrin De Facto adalah jelas di Malaysia melalui kes All Malayan Estates Staff Union v. Rajasegaran & Ors [2006], Ann Joo Steel Bhd v. Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang & Anor and Another Appeal [2019] yang turut merujuk keapda Gokaraju Rangaraju v. State of Andhra Pradesh [1981] kemudiannya.
Pendek kata bab isu doktrin berkenaan boleh dilihat dalam penghakiman Lord Denning MR di dalam kes Re James (an insolvent) [1977]:
"No matter by whom the man was appointed a judge, no matter at what date he was appointed, he is sitting as a judge of the court and the order made by him is an order of the High Court of Rhodesia. He sits in the seat of a judge. He wears the robes of a judge. He holds the office of a judge. Maybe he was not validly appointed. But, still, he holds the office. It is the office that matters, not the incumbent... So long as the man holds the office and exercises it duly and in accordance with law, his orders are not a nullity. If they are erroneous, they may be upset on appeal. But, if not erroneous, they should be upheld.".
Sila rujuk - YONG TSHU KHIN & ANOR v. DAHAN CIPTA SDN BHD & ANOR & OTHER APPEALS
[2020] MLRAU 323
Pihak yang memfailkan usul adalah terlibat dalam kes -kes yang diputuskan oleh keduanya dan penghakiman ini jelas bahawa keputusan yang dibuat oleh hakim berkenaan adalah terlindung melalui doktrin sedemikian.
Isunya adakah ia satu penghakiman yang memutuskan bahawa perlantikan tersebut adalah sah pada mulanya?



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►