Wednesday, December 9, 2020

[741.20] TIP ASAS RUMAH LELONG


Kredit buat Hasnifalina Hasanudin
Sedikit perkongsian dan peringatan untuk pembeli atau yang berhajat beli hartanah lelong. Tak kira lah lelongan di Mahkamah atau Pejabat Tanah.
1. Bila dah plan atau mungkin ada yang dah beli pun hartanah melalui cara lelongan, cuba lekat dalam hati dan ingatan Tuan/Puan sekalian, tempoh kena selesai baki bayaran pada pihak bank (contoh 90hari atau 120hari) .
So sila kira dan kenang selalu bila tarikh akhir nak kena settle kan bayaran. Kena ingat, kalau gagal buat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan deposit Tuan/ Puan akan dilupuskan/hangus.
Makanya lepas hari lelongan tu, kena cepat cepat pi dapatkan loan nak settlekan baki bayaran lelongan td atau lantik lawyer untuk bantu Tuan/Puan selesaikan urusan ni.
Jangan balik simpan atau peramm dokumen , last last minute baru kalut nak apply , takut tak dan bak kata orang Kedah.
Bila dah last minute , bagi kat sapa pun, agak payah lah bank ka, lawyer ka nak buat magic kat Tuan/Puan sekalian untuk settlekan semua proses dan urusan dalam waktu yang singkat.
Jadi, dalam urusan pembelian rumah lelong ni Tuan/ Puan pun kena main peranan untuk pastikan bayaran baki harga lelongan dapat diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan.
2. Seperkara lain, sebaiknya sebelum tarikh lelong tu, buatlah carian persendirian di pej tanah berkenaan hartanah yang kita nak beli. Pastikan hartanah tu bebas dari sebarang kaveat yang dimasukkan oleh pihak ketiga. Kalau ada kaveat nnti, jenuh pula kena buat permohonan perintah mahkamah untuk ketepikan kaveat bagi pastikan pindahmilik boleh dibuat ke atas nama Tuan/ Puan.
Semoga sedikit perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan peringatan sekiranya Tuan/ Puan berhasrat untuk beli hartanah lelong.
Copy and paste daripada Hasnifalina Hasanudin
Selamat berhujung minggu 😀😃


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►