Wednesday, December 2, 2020

[736.20] KUASA MAHKAMAH RAYUAN MENILAI SEMULA KETERANGAN


"Bolehkah Mahkamah Rayuan melihat dan nilai balik keterangan dan penilaian yang bercanggah dengan Mahkamah Tinggi"
Jawapannya BOLEH. Mahkamah Rayuan selaku bidangkuasa rayuan daripada Mahkamah Tinggi adalah mempunyai kuasa am dalam menilai semula mana-mana bahagian keterangan di mahkamah Tinggi samada keterangan itu telah diambilkira atau tidak semasa peringkat bicara.
Pada amnya, Mahkamah Rayuan tidak akan menyentuh apa-apa keputusan atau dapatan Mahkamah Bicara kecuali ia perlu dan dilihat keperluan itu untuk keadilan.
Dalam isu menilai semula keterangan oleh Mahkamah Rayuan telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ahmad Najib Aris v. PP [2009] yang antara lain menyatakan bahawa;
"I am of the view that the Court of Appeal has the power to review or to re-evaluate all the evidence available as adduced by the prosecution. The Court of Appeal is in the position to do so in the present case even though the grounds of decision of the trial judge as appearing in the appeal records is found lacking in specific findings and with no reasons for the findings. In a case involving purely question of fact, the Court of Appeal is free to determine whether or not the various findings of the trial court are correct (see Mohamed Mokhtar v. PP [1971] 1 MLRH 502; [1972] 1 MLJ 122."
(See also PP v. Azilah Hadri & Anor [2015] 1 MLRA 431; [2015] 1 MLJ 617; [2015] 1 CLJ 579; [2015] 1 AMR 641).
Hisham Nazir
Subang Jaya, Selangor
[2020]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►