"Boleh ke kita saman wanita yang kita dah habis banyak untuknya tetapi akhirnya reject kita"
Boleh. Ia berdasarkan kontrak yang wujud antara 2 pihak walaupun tidak secara bertulis. keterangan mengikut keadaan dengan ada saraan, harapan dan juga keterangan lain yang menyatakan kesediaan dalam berhubungan ke arah perkahwinan telah membuatkan si lelaki berhabis wang, manakala si wanita menggunakan peluang, memberikan harapan, menggunakan dan menerima kewangan, cukup untuk membuktikan satu penerimaan kontrak.
Antara satu halangan dalam kes duluan (tidak perlu disebut kes mana kan?) dinyatakan dalam mahkamah menolak tuntutan wanita dalam bentuk wanita berkenaan tidak mempunyai hak untuk berkontrak untuk berkahwin kerana dalam status isteri orang.
Bagaimanapun dalam status anak dara dalam Islam, hak wali masih dalam imbangan hujah samda wajib wali itu mutlak atau bersandarkan isu dan keadaan yang berbeza. bagi non muslim, senang tanpa isu hak berkontrak.
Sekarang baik wanita, baik lelaki. Banyak mengambil peluang dan menggunakan harapan bagi mendapatkan wang. Tidak hairan maka banyak juga kes bunuh wanita muda terjadi kerana isu ini.
Jangan beri harapan jika tidak serius.
Ia terpakai juga dalam keadaan bertunang dan tak jadi kahwin.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..