Friday, November 27, 2020

[733.20] MELEPASKAN PEMBEKUAN HARTA DI BAWAH ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001 ("AMLATEPUA")

 


“Kalau harta kena beku kerana kes AMLA, macamana nak buat”
Pembekuan harta boleh dilakukan oleh pendakwaan ke atas mana-mana bahagian harta yang terlibat dalam siasatan mengenai kesalahan di bawah akta berkenaan. Pembekuan dibuat melalui satu perintah yang dikeluarkan pihak berkuasa yang mana sah untuk 12 bulan. Ia boleh dilanjutkan dengan satu perintah yang lain di bawah peruntukan sama di bawah Akta tersebut.
Pihak yang dibekukan hartanya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi satu perintah / deklarasi untuk melucutkan tindakan tersebut dan kembalikan harta kepadanya. Antara alasan dan sebab harta boleh dilepaskan kembali kepada pemohon ialah;
1. Perintah asal atau lanjutan kemudiannnya telah tamat tempoh. Tiada perintah baru dibuat atau apa-apa injunksi dibenarkan oleh Mahkamah;
2. Harta dimiliki Pemohon bukan melibatkan harta pihak yang didakwa di bawah peruntukan seksyen 4(1) Akta berkenaan atau mana-mana peruntukan lain di bawah Akta yang sama.
Rujuk – Lim Hui Jin vs. CIMB Bank Berhad & Ors [2018]
Hisham Nazir
Pendang, 2020
+60139307961


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►