Friday, November 27, 2020

[732.20] KEWUJUDAN DNA ASING BOLEH TIMBULKAN KERAGUAN KES


Pembuktian bahawa wujudnya DNA asing ditempat kejadian terutama kes bunuh boleh dan cukup menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan. DNA asing tidak semestinya DNA yang tidak dikenali tetapi cukup untuk membuktikan bahawa kewujudan DNA asing ditempat kejadian menjemput penjelasan kenapa ia wujud ditempat berkenaan dan tanpa penjelasan, kelompangan kes pendakwaan adalah tidak dapat dibaiki.
Dalam keadaan ini, 2 faktor keterangan perlu dibangkitkan iaitu Pertama, kehadiran DNA asing tanpa kehadiran DNA Orang Kena Tuduh. Kedua, kehadiran DNA Orang Kena Tuduh dan bersama DNA (atau lebih) asing tanpa penjelasan.
Rujuk – PP vs. Zurailie Muhamad [2020], PP vs. Hanif Basree Abdul Rahman [2004, 2006, 2008]
Kes melibatkan kehadiran atau kegagalan penemuan DNA juga berdasarkan kes pendakwaan yang dibuktikan melalui keterangan mengikut keadaan (circumstances evidence) yang mana penemuan dan perkaitan DNA yang ditemui adalah penting dalam membuktikan perkaitan dengan OKT dan juga meletakkan OKT ditempat kejadian. Rujuk - Ahmad Najib Aris v. Public Prosecutor [2007] , Pathmanabhan Nalliannen v. Public Prosecutor & Other Appeals [2017], Idris v. Public Prosecutor [1960]
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►