Thursday, November 19, 2020

[722.20] HAK PUTUS TUNANG SUDUT PERUNDANGAN


"Kami dah tunang dan nak kahwin dalam masa 3 minggu lagi. Tunang saya lari ikut boyfriend lama dan siap hantar gambar intim. Saya dah call dan tunang confirm taknak teruskan"
Boleh batalkan perkahwinan tersebut. Boleh batalkan juga pertunangan. Atas kemungkiran wanita, semua pemberian hadiah, mas kahwin atau apa jua pemberian boleh diperolehi semula. Ini selaras dengan kes-kes yang dputuskan dan juga pandangan jumhur ulamak.
Pemberiaan juga meliputi perbelanjaan yang telah digunakan bagi tujuan pertunangan atau kemudian bagi perkahwinan. [Rujuk kepada Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003]
Contohnya bagi pertunangan dan perkahwinan, pihak telah membuat renovasi/baikpulih rumah bagi tujuan kenduri, maka pihak berhak ke atas gantirugi khas tersebut. [Rujuk kes Aishah vs. Jamaluddin (1978) 3 JH 104]
Dirujuk kepada kes duluan antaranya;
Re Haji Abdul latif - Mahkamah memutuskan pihak mungkir membayar gantirugi sebagaimana dipohon atas sebab memutuskan pertunangan tanpa alasan.
Salbiah Othman vs. Haji Ahmad - Mahkamah benarkan tuntutan gantirugi perkahwinan dan belanja persiapan kahwin apabila membatalkan dalam 10 hari sebelum kahwin. Tuntutan gantirugi aib tidak dibenarkan kerana lebih kepada kuasa di mahkamah sivil.
Aishah vs. Jamaludin - mahkamah benarkan gantirugi mas kahwin, belanja, persalinan, kerugiaan membaiki rumah untuk kenduri tersebut.
Tiada satu skala bagi gantirugi di dalam mahkamah syariah tetapi permohonan gantirugi yang perlu kepada taksiran adalah di bawah kuasa mahkamah sivil. Contohnya gantirugi teladan, kecederaan, aib dan sebagainya.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►