Monday, August 24, 2020

[665.20] MAKSUD PAKATAN JAHAT (#CRIMINAL #CONSPIRACY)

 


Takrifan di bawah seksyen #120A Kanun Keseksaan menyatakan antara lain:
Apabila dua orang atau lebih daripada dua orang bersetuju melakukan, atau menyebabkan supaya dilakukan:
(a) suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang; atau
(b) suatu perbuatan, yang tidak menyalahi undang-undang, dengan cara yang menyalahi undang-undang,
maka persetujuan yang demikian itu adalah dinamakan #pakat jahat jenayah:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa persetujuan, kecuali suatu persetujuan bagi melakukan sesuatu kesalahan, hendaklah terjumlah kepada suatu pakat jahat jenayah melainkan sesuatu perbuatan selain daripada persetujuan itu dilakukan oleh satu atau beberapa pihak kepada pihak persetujuan itu menurut persetujuan tersebut.
Ini dibezakan dengan seksyen 34 (Niat Bersama) dan #jenayah #subahat yang mana boleh rujuk melalui artikel lama kami.
Rujuk kepada - PP v. Khoo Ban Hock & Ors [1989] 2 MLRH 743

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►