Monday, August 24, 2020

[664.20]KECUAIAN BERKAITAN HAIWAN DALAM JAGAAN


Seksyen 289. Kecuaian berkenaan dengan haiwan.
Barang siapa dengan mengetahuinya atau dengan cuainya lalai daripada menjalankan peraturan yang sedemikian mengenai apa-apa #haiwan yang berada dalam pemilikannya yang memadai bagi mengelakkan apa-apa bahaya yang munasabah kepada nyawa manusia atau apa-apa bahaya #cedera parah yang munasabah daripada haiwan itu, hendaklah dihukum dengan #pemenjaraan selama tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga enam bulan, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau kedua-duanya.
Kata kunci adalah -
haiwan belaan di dalam jagaan kita
secara cuai menyebabkan bahaya kepada orang lain.
#Kecuaian ini boleh diandaikan berlaku dengan kebarangkalian kecederaan atau bahaya kepada orang lain. Ini banyak berlaku sebenarnya terutama mereka yang yang memiliki anjing tetapi tidak melakukan jagaan baik sehingga #anjing yang #garang dan berbahaya keluar daripada kawasan jagaan dan mencederakan orang awam.
Nota - #Kucing tak ganas nyer!


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►