Wednesday, May 13, 2020

[599.20] MENYINGKAP TABIR PERBADANAN SYARIKAT (LIFTING THE CORPORATE VEIL)




Adalah menjadi asas perundangan bahawa syarikat yang telah diperbadankan dan pengarahnya adalah merupakan dua entiti yang berbeza. Berdasarkan prinsip yang telah digariskan di dalam kes Salomon v. Salomon, syarikat dan pengarah diasingkan oleh tirai perbadanan atau corporate veil. Terdapat beberapa keunikan prinsip ini iaitu;
i) Syarikat boleh mendakwa dan didakwa;
ii) Syarikat boleh untuk memiliki harta dan mewarisi harta;
iii) Syarikat mempunyai kapasiti untuk memasuki kontrak; dan
iv) Ahli-ahli syarikat mempunyai liability yang terhad.
Kebiasaannya, pengarah dan ahli-ahli syarikat akan menggunakan prinsip ini bagi mengelakkan dari bertanggungan ke atas liability yang ditanggung oleh syarikat tersebut. Sekiranya sebarang tindakan guaman dimulakan ke atas sesebuah syarikat, pengarah syarikat adalah tidak bertanggungan ke atas tindakan tersebut.
Selain itu, ahli-ahli syarikat juga tidak bertanggungan ke atas hutang-hutang yang dimiliki oleh syarikat tersebut. Prinsip ini juga membenarkan syarikat untuk memasuki kontrak dengan ahli nya seperti membuat pinjaman daripada pemegang sahamnya.
Walaubagaimanapun, dalam setiap prinsip am, masih terdapat pengecualian bagi memastikan prinsip ini tidak disalahgunakan. Pengecualian kepada prinsip tersebut adalah apabila:
i) Wujudnya elemen tipu dan/atau frod;
ii) Syarikat hanya sebagai medium untuk ahlinya mengelakkan liability; dan
iii) Ahli syarikat menggunakan syarikat untuk melindungi fakta sebenar.
Sehubungan dengan itu, walaupun syarikat dan ahlinya adalah merupakan entiti yang berasingan, namun ianya masih tidak menafikan bahawa ahlinya masih bertanggungan ke atas syarikat tersebut. Ahli dan pengarah syarikat tidak akan terkecuali daripada bertanggungan sekiranya Mahkamah mendapati syarikat tersebut hanya diperbadankan sebagai suatu medium untuk mengelakkan liabiliti individu. Oleh itu, adalah jelas bahawa sekiranya wujud keadaan tertentu, tabir perbadanan akan disingkap.
Keyron Nisa
[Selangor, 4/2020]

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►