Friday, January 24, 2020

[555.20] KOS TUNTUTAN SIVIL BUKAN PERCUMA



Ada 2-3 soalan mengenainya. Jawapannya bergantung kepada peguamcara dan pengalamannya.
Bidangkuasa mahkamah juga menentukan kos dalam memulakan satu tindakan saman sivil.
Semakin tinggi bidangkuasa mahkamah, makin memerlukan pengalaman dan skill tinggi peguam. Isu kos terlibat juga lebih tinggi.
Ada bagusnya apabila konsultasi dikenakan bayaran.
Terlalu ramai ingin mulakan tuntutan bagi kes saman fitnah terutama di media sosial.
Nak saman berjuta- juta. Bila suruh datang pejabat dengan kos konsultansi, senyap. Mungkin ingat kps mulakan tuntutan berjutaan itu percuma.
Antara faktor penting dalam menilai kes tuntutan sivil, peguam dan klien perlu berbincang tentang kos samada tindakan adalah berbaloi dan efektif selain merit tuntutan.
Baik hilang kos konsultansi daripada dinasihatkan dengan salah dan kerugian lebih banyak.
Cuma masih ramai yang nak mulakan tindakan mahkamah masih tidak faham bahawa kos adalah perlu dikeluarkan. Tiada percuma.
Jangan terpengaruh dengan movie yang nampak mudah dan murah. Andai kata kos dan prosidingnya mudah, semua orang akan mulakan menyaman sesiapa sahaja tanpa ragu-ragu..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►