Friday, January 24, 2020

[554.20] EMOSI PEGUAM DI MAHKAMAH



Bila sampai satu masa,malas nak ke mahkamah. Malas melayan kerenah #saksi dan masa yang terbuang.
Masa ini fikir nak tukar jadi #peguam #korporat sepenuh masa. Nak #drafting dan explore bidang baru. Tapi bukan jenis suka layan klien, tak bermulut manis, pam mengepam failed, tak masuk #karaoke dan hiburan..
Failed!
Saksi banyak kerenah. Yg tipu. Yang auta banyak sangat. Belit selagi boleh. Benda boleh jawab ringkas, jawab lalu Amarika. Jauhnya.. Macam penulisan kami bab saksi semalam.
Semalam tengok satu #Nota Keterangan, kes sivil tersebut kami menang dan dirayu oleh pihak yang kalah.
Ada 2-3 saksi yang autanya tinggi. Salah seorang adalah VVIP di Malaysia. Cakap #Kelantan lagi pulak tu dalam mahkamah. Sampai perlu direkodkan -
"saksi ambil masa untuk jawab soalan"
"Saksi tidak menjawab soalan"
"Saksi sahaja buat tidak faham soalan"
Banyak dalam Nota #Keterangannya saya marah dia, ganggu #emosi saksi.. sampai satu part tu, dia mengaku terus. haha..
Belum lagi masalah mai mahkamah, klien kena "goda" dek peguam lain. Depan kita pulak tu. Takde "kemaluan" punya peguam. Ada kicik pun jadilah..
Belum lagi masalah tangguh, mari mahkamah, kes tangguh. Tak salahkan sesiapa kekadang tetapi masa terbuang sepagi tu. Siapa nak ganti.
Tara umur kami, bukannya kawan ada kat kafe mahkamah.. semua bos yang goyang kaki di pejabat. Tinggal peguam #marhaen macam kami sahaja masih boleh ditemui di kafe Mahkamah.
Masalah parking juga main peranan kenapa malas nak ke Mahkamah. Macam Mahkamah #Georgetown, memang tiada parking. Harap ehsan gereja sebelah. Takpa la.
Ada mahkamah yang ada parking banyak, tapi dikhaskan untuk staf dan pegawai perundangan. Bukan hari-hari mereka datang mahkamah. Bukan pula staf bawa kereta hari-hari. Tengok sahajalah ruang parking yang kosong. Nak marah guard pun tiada guna, dia jalankan kerjanya.
Ada mahkamah besar parkingnya macam #KualaLumpur. Siap sekarang peguam boleh masuk dalam. Tetapi "klien" pula ramai. 😂
Macam-macam emosi bila mahkamah.
Bila sampai tahap begini, rasa nak mai court untuk makan saja. Lepas makan, kita balik pejabat main game.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►