Thursday, December 5, 2019

[527.19] HUKUMAN MATI UNTUK KEMALANGAN MAUT



Banyak share isu #Taiwan tetapi status dan nota tulisan lain, nampak ramai tidak baca. Cuma nak komen pendek mengenai ini.
Jika undang-undang sekarang di Taiwan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun. Sebenarnya hukuman di Malaysia dan Taiwan lebih kurang sama sahaja.
Cuma cadangan yang dibuat itu adalah kerana banyak kes kemalangan #profil tinggi yang perlu kepada cadangan perundangan baru atau pindaan. Bab kata orang kampung saya, "#preventive law"
Manakala pindaan juga kepada kesalahan berganda dalam masa 5 tahun. Agak bagus juga konsepnya. Kalau dalam masa 5 tahun langgar mati orang, samada pemandunya memang bukan pemandu baik dan bukan jenis yang insaf.
Kalau di Malaysia, kes pengulangan dalam preventive law sudut penagihan dadah telah dibuat melalui pindaaan seksyen 39C yang mana pengulangan kesalahan dan ditangkap, maka minima pemenjaraan (jika sabit salah) adalah 5 tahun penjara.
Cadangan pindaan juga terhad kepada kenaikan pemenjaraan kepada kecederaan serius selama 12 tahun pemenjaraan dan boleh dikenakan hukuman seumur hidup kepada kes kemalangan yang melibatkan hukuman mati. Jangan bayangkan hukuman gantung macam Malaysia.
Di #Malaysia pula, hukuman #seumur hidup adalah 30 tahun pemenjaraan. 30 tahun tu lama la jugak. Masuk umur 30 tahun, keluar 60 tahun, dah tak larat nak pecut dah.
Apa kata Islam tentang ini? Diringkaskan terdapat beberapa pandangan;-
O Bunuh dihukum #bunuh balas;
O Jika #mabuk, maka mens rea mungkin gagal dibuktikan maka jatuh bawah bunuh tidak sengaja, kena diyat (kalau dalam sistem kewangan kita dalam RM3-5juta kalau tidak silap);
O Jika kemabukan adalah sengaja dan sedar kesannya dan berpandangan intipati #mens rea telah ada dengan kesedaran pengetahuan dan kesan mabuk, maka boleh bunuh balas,;
O Jika dipandangkan pada sudut kejadian adalah luar kawalan manusia, bencana alam maka dirujuk kepada takzir dan satu denda atau apa-apa hukuman atas #budibicara #Hakim adalah perlu. Jika denda diberikan sebanyak diyat?... lihat juga kepada sumbangan kecuaian.
Wallahuallam.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►