Thursday, December 5, 2019

[516.19] KEPENTNGAN KETERANGAN SAKSI PERINGKAT AWAL





Dalam artikel sebelum ini ada saya menegaskan kepentingan mendapatkan khidmat peguam yang baik dalam mengendalikan kes di peringkat pertama iaitu melibatkan pengurusan kes dan juga dalam menyoal balas saksi-saksi pendakwaan dalam ekstrak keterangan yang baik daripadanya bagi kepentingan semasa bicara tersebut dan juga keperluan dalam rayuan kelak samada pihak #pendakwaan atau #pembelaan.
Tanpa ekstrak keterangan yang baik semasa peringkat pertama, mungkin anda akan kehilangan peluang yang baik semasa rayuan terutama pada tahap akhir yang hanya melibatkan isu perundangan.
Minggu lepas, saya berada di Mahkamah Rayuan #Malaysia. Di tepi saya seorang peguam kepada peguam jenayah yang juga rakan #facebook saya. Tidak boleh tag, nanti banyak complicated.
Apa yang menarik, mungkin peguambela di sebelah yang baru bermula untuk hujahan untuk dapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan bagi merayu untuk beberapa isu perundangan ke atas kes berkenaan tidak kenal saya selaku peguambela bagi kes berkenaan. Saya pun hanya tahu bila beliau mula menghujahkan beberapa isu keterangan dan penghakiman oleh Mahkamah Majistret sebab saya tidak focus pada nama Perayu masa itu.
Kes itu kes yang saya kendalikan semasa di Mahkamah Majistret di sebuah negeri di pantai timur yang mana berkaitan kes seksual dan telah disabitkan salah dan dihukum pemenjaraan. Pergantungan perlaksanaan hukuman telah dimohon oleh pihak kami dan dibenarkan oleh Mahkamah yang Mulia. Rayuan dikendalikan oleh peguambela lain di Mahkamah Tinggi dan rayuan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Rayuan ke Mahkamah Rayuan dikendalikan oleh peguambela yang lain dan sebagai tahap rayuan kedua/terakhir, hanya isu undang-undang dibangkitkan.
Dalam #hujahan semasa peringkat kebenaran Mahkamah #Rayuan bagi merayu, #peguambela sebelah saya menghujahkan beberapa isu penting yang telah turut dibangkitkan dan dihujahkan oleh sebelum ini di Mahkamah Majistret. Malah isu undang-undang itu tidak pernah diambilkira oleh Mahkamah Majistret. Tidak pasti samada isu ini dikemukakan sebagai isu penting atau tidak semasa di Mahkamah Tinggi.
Kembang kuncup jugaklah bila secara tidak langsung ada peguambela memuji kerja kami ini dalam ekstrak keterangan yang ada dan membolehkan dijadikan isu perundangan apabila rayuan 'stuck' dengan pelbagai fakta yang ada atas dasar kes yang lebih straigt forward kepada isu fakta.
Apabila mahkamah bicara tidak mengendahkan hujahan dan isu kita, bukan bermakna ia bukan isu utama dan penting untuk menjadi asbab kepada rayuan dibenarkan kemudian hari.
Dalam soal balas semasa #saksi pendakwaan memberikan keterangan atau soal utama dan soal semula semasa #saksi pembelaan memberikan keterangan, suatu masa yang penting dalam menentukan peluang masa tersebut dan masa rayuan kelak.
Hisham Nazir
Oktober, 2019
www.hishamnazir.com
Nota: Jom terbang untuk mencari sesuap nasi. Ditemani oleh orang besar Manjoi

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►