1. Akta Pencegahan Jenayah 1959 “Prevention of Crime Act 1959” (POCA) adalah akta yang digubal bagi membendung kegiatan jenayah, aktiviti kongsi gelap dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
2. Akta POCA digubal berdasarkan kepada kuasa yang diperuntukkan oleh Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
3. Bagi tahanan reman dibawah Akta POCA, tahanan perlu dibawa ke hadapan Majistret untuk dapatkan perintah bagi tahanan reman.
4. Terdapat 2 peringkat iaitu tahanan reman pada peringkat pertama adalah selama 21 hari manakala tahan reman ini boleh dilanjutkan kepada peringkat kedua iaitu selama 38 hari. (rujuk s. 4(1)(a) dan s. 4(2)(a) Akta POCA.
5. Dalam tahanan reman ini juga pegawai siasatan sepatutnya membuat siasatan ke atas tahanan dan mengemukakan dapatan siasatan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah bagi tindakan selanjutnya.
6. Semasa tahanan masih dalam tahanan reman, sekiranya pihak polis tidak berniat untuk teruskan siasatan, atas permohonan pihak polis, tahanan boleh dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang boleh mengarahkan pelepasan tahanan tersebut sama ada tanpa syarat ataupun perlepasan secara bersyarat seperti yang terkandung dalam Akta POCA.
7. Siasatan di bawah Akta POCA dibuat oleh seorang pegawai siasatan yang kemudiannya akan mengemukakan dapatan siasatan beserta alasannya kepada Lembaga Pencegahan Jenayah.
8. Selepas mengambil kira dapatan siasatan oleh pegawai siasatan, Lembaga Pencegahan Jenayah boleh mengarahkan sama ada nama tahanan POCA dimasukkan dalam Daftar mengikut mana-mana kategori-kategori dalam Jadual Pertama Akta POCA atau melalui perintah mengarahkan tahanan dikenakan pengawasan polis atau mengarahkan tahanan dikenakan perintah tahanan tidak melebihi 2 tahun dalam satu-satu masa oleh pihak Lembaga Pencegahan Jenayah. (seksyen 12,15,19A POCA).
(Rujukan: Akta Pencegahan Jenayah 1959)
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..