Thursday, December 5, 2019

[464.19] Mengeluarkan Kenyataan Berunsur Fitnah/Kutuk tanpa Bukti di Sosial Media Boleh Menyebabkan Kamu Didakwa di bawah Kesalahan Jenayah dan Juga Tuntutan Sivil



Masyarakat pada era globalisasi teknologi hari ini lebih suka menyuarakan pandangan dan pendapat mereka di sosial media dengan meng-update status dan tweet tanpa sebarang usul periksa atau selidik terlebih dahulu.
Sememangnya kita faham, peruntukan undang-undang Malaysia di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan bersuara kepada semua individu bagi menyatakan pendapat dan pandangan individu masing-masing. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa, peruntukan ini juga menghadkan hak bersuara dan ekspresi di mana pendapat dan pandangan yang berunsurkan fitnah dan palsu serta bertujuan mengaibkan reputasi individu lain adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.
membentuk rasa tidak puas hati terhadap pemerintah kerajaan. Selain itu, kenyataan yang menyebabkan timbulnya perasaan benci dalam kalangan kaum di Malaysia. Sekiranya sabit kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5000.00 dan/atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan penjara tidak melebihi 5
tahun bagi kesalahan seterusnya. Tindakan itnah ini hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara, tidak boleh melalui individu.
Manakala bagi jenis tuntutan yang kedua iaitu tuntutan sivil, ia diperuntukkan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957). Remedi yang disediakan oleh mahkamah bagi tuntutan sivil ini ialah pampasan atau
ganti rugi. Tindakan boleh dimulakan atas kapasiti persendirian
Kesalahan tort fitnah ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk tindakan fitnah iaitu kesalahan jenayah dan tuntutan sivil.
Bagi bentuk tindakan fitnah di bawah kesalahan jenayah, di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan, undang-undang telah memperuntukkan bahawa sesiapa melalui kata-kata diucapkan atau membuat kenyataan dengan niat untuk dibaca, membuat atau menerbitkan tentang perihal mana-mana individu lain dengan maksud membahayakan atau merosakkan reputasi individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara selama dua (2) tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Kedua-dua seksyen ini juga terpakai sekali dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998 dimana telah dinyatakan bahawa seseorang dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, secara sedar telah membuat, mewujudkan atau meminta-minta memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain dianggap telah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu(1) tahun atau kedua-duanya.
Bagi bentuk tindakan fitnah di bawah tuntutan sivil, peruntukan kesalahan ini telah diperuntukkan di bawah Akta Fitnah 1957. Terdapat tiga elemen bagi membuktikan kesalahan tort fitnah, antaranya adalah terdapat bahan atau kenyataan yang berunsur fitnah yang mana menjejaskan reputasi seseorang individu di mata masyarakat. Kedua, kandungan bahan/ kenyataan fitnah tersebut mestilah merujuk kepada individu terbabit dan bukan pihak lain. Elemen terakhir pula ialah terdapat penerbitan atau penyebaran kepada pihak ketiga bagi kenyataan atau bahan berunsur fitnah tersebut.
Nurul Farhana Ismail
Farhana Ismail
[August 2019]

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►