Thursday, December 5, 2019

[459.19] MENGAMBIL BARANGAN DARIPADA KEMALANGAN





"Kita kecoh isu lori kemalangan di Kelantan dan susu yang dibawa lori diambil oleh orang ramai. Apa pandangan perundangan?"
Kita pendek cerita, sudut perundangan Malaysia dan Islam perbuatan sedemikian adalah satu perbuatan jenayah yang diklasifikasikan sebagai curi. Maka tindakan itu adalah salah.
Curi sedemikian boleh dihukum potong tangan sebagai hukuman yang setara dan adil dalam Islam. Manakala di dalam kanun Keseksaan boleh diklasifikasikan sebagai curi di bawah seksyen 378/379.
Curi adalah ditafsirkan cara mudah -
O Mengambil atau mengalih suatu barangan;
O Barangan bukan milik kita (orang yang mengambil/mencuri);
O Dialih atau diambil tanpa kebenaran pemilik atau dibenarkan oleh mana-mana peruntukan undang-undang;
O Niat untuk mengalih/mencuri.
Ramai bertindak sedemikian atas anggapan apabila berlakunya kemalangan, barangan akan diklasifikasikan sebagai defek dan tidak boleh dijual. Kebanyakan defek sebegini akan ditanggung oleh insuran syarikat/ perniagaan/ transport.
Tidak semestinya semua pemindahan barang itu mempunyai insuran yang dikatakan kecuali syarikat besar dan sekalipun ia mempunyai insuran, mengambil barangan sedemikian masih tergolong di dalam curi dan boleh didakwa jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman pemenjaraan, denda dan sebatan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►