Thursday, December 5, 2019

[458.19] PRIMA FACIE KES BUNUH ZULFARHAN - APA MAKSUDNYA?



SOALAN- Bila Mahkamah Tinggi panggil bela diri, mereka akan kena gantung dah ke?
Jawapannya BELUM LAGI.
BICARA DAN PERINGKATNYA
Kes Jenayah, perbicaraannya ada 2 peringkat. Pertama Peringkat Pendakwaan yang mana Pendakwaraya perlu buktikan bahawa kesemua elemen jenayah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pertuduhan dibuktikan sepenuhnya dan mencapai satu tahap memuaskan hati Mahkamah.
Ini dipanggil prima facie yang mana jika ia sampai peringkat itu, maka akan dipanggil bela diri. Maka pendakwaraya telah berjaya diperingkat ini.
Peringkat Kedua, peringkat pembelaan. Peguambela akan memulakan kes dan memanggil saksi mereka untuk menimbulkan keraguan atau sangkalan kepada prima facie yang telah ditimbulkan kemudiannya meruntuhkan kes pendakwaan yang kemungkinan gagal untuk di buktikan pada tahap Beyond Reasonable Doubt. Apabila gagal, dibuktikan ke tahap sedemikian, maka Mahkamah boleh bebaskan Tertuduh-Tertuduh.
[Sila cari artikel berkenaan ini di www.criminallawyermalaysia.com]
BILA DIPANGGIL MEMBELA DIRI
Tertuduh perlu memberikan keterangan bagi mencabar keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Tetruduh hanya perlu menimbulkan keraguan walaupun sedikit bagi mengugat prima facie dan keterangan yg ada.
Apabila dipanggil membeladiri, Mahkamah telah memutuskan dengan keterangan yg ada telah cukup untuk sabitkan kesalahan dan memberikan hukuman JIKA tertuduh enggan memberikan keterangan kepada Mahkamah untuk membela diri.
Apabila dipanggil membela diri, 3 pilihan diberikan untuk tertuduh. Pertama, mereka boleh berdiam diri dan mahkamah boleh sabitkan kesalahan dan berikan satu hukuman gantung.
Kedua, memberikan keterangan dari dalam kandang salah. Keterangan tidak boleh dicabar Pendakwaan tetapi nilaian keterangan adalah rendah di mata Mahkamah kerana tidak boleh dicabar.
Ketiga, Memberikan keterangan bela diri daripada kandang saksi yang mana lebih bernlai keterangan tersebut dan boleh dicabar oleh Pendakwaan.
JIKA DAH BAGI KETERANGAN BELA DIRI, APA JADI?
Selepas memberikan keterangan daripada kesemua Tertuduh dan kesemua saksi yang di bawa mereka atau saksi ditawarkan pendakwaan, maka tugas Mahkamah untuk menilai secara penilaian maksima ke atas kesemua keterangan saksi dan dokumentasi yang ada semasa Peringkat pembelaan dan juga semua keterangan di peringkat Pendakwaan dan memutuskan 2 isu -
(1) Adakah Pembelaan berjaya menimbulkan keraguan / mencabar keterangan Pendakwaan?
(2) Adakah Pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah secara keseluruhan?
Jika Pembelaan berjaya menimbulkan keraguan dan Pendakwaan gagal buktikan kes Beyond Reasonable Doubt, maka Mahkamah akan bebaskan tertuduh;
[Dalam beberapa keadaan, Mahkamah ada hak dan kuasa untuk membuat pindaan kepada pertuduhan yang lebih ringan. seperti bunuh dibawah seksyen 302 kepada bunuh tanpa niat di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan]
Jika Pembelaan gagal menimbulkan keraguan kepada kes Pendakwaan dan Pendakwaan telah buktikan kes melampaui keraguan munasabah, maka Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman sebagaimana yang dibenarkan perundangan.
Akhir sekali, kebanyakan persoalan yang diterima adalah salah faham juga bahawa tidak semua Tertuduh di panggil bela diri bagi pertuduhan bunuh. Tetapi juga pertuduhan mencederakan. Ia pertuduhan berlainan yang dibicarakan bersama yang mana peruntukan hukuman dan beban pembuktikan berlainan.
[Kebanyakan isu ini telah dijawab melalui artikel-artikel lepas. boleh google tajuk dan isu berkaitan di www.criminallawyermalaysia.com]
Semoga bermanfaat buat semua.
Wallahullam.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►